Apakah serai wangi? Adakah ia sangat istimewa dan berkhasiat tinggi
sehingga membuatkan ramai individu menggunakan bahan semula jadi ini
sebagai kandungan utama dalam produk harian?.
Sudah pasti jawapannya adalah ya dan kelebihan inilah yang menjadi faktor utama bagi pemilik Awin Trading, Mekar Majali untuk menceburi perniagaan produk harian berasaskan serai wangi melalui jenama Awin.
Sudah pasti jawapannya adalah ya dan kelebihan inilah yang menjadi faktor utama bagi pemilik Awin Trading, Mekar Majali untuk menceburi perniagaan produk harian berasaskan serai wangi melalui jenama Awin.
Beliau berkata, serai wangi atau nama saintifiknya Cymbopon hardus ialah tumbuhan daripada keluarga rumput Poaceace yang berasal dari kawasan tropika Asia. Serai wangi adalah tumbuhan pelbagai guna yang ada di negara kita.
“Serai wangi ialah rumput saka, tinggi dan berbau wangi serta mengeluarkan rumpun daun yang lebat daripada rizom padat dan boleh membesar sehingga 1.5 meter.
“Daunnya berwarna hijau muda, kasar dengan urat selari dan mempunyai aroma yang kuat jika dibandingkan dengan serai makan,” katanya kepada Sinar Harian ketika ditemui di Shah Alam, baru-baru ini.
Katanya, tanaman serai wangi dipercayai berasal sama ada dari Selatan India atau Sri Lanka. Serai wangi juga tumbuh liar di kebanyakan negara di Asia Tropika, Amerika dan Afrika.
“Di negara ini, serai wangi biasanya ditanam di halaman rumah sebagai tanaman dapur dan kebelakangan ini terdapat beberapa pengusaha yang berminat untuk menanamnya bagi menghasilkan minyak pati,” katanya.
Tidak ada komentar:
Posting Komentar